Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman

Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

sayang,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana abang ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi abang. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha abang di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak sayang, yang sebenarnya masalah ini telah lama abang fikirkan tetapi memandangkan poket abang yang selalu nipis, terpaksalah abang tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah abang dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB abang, abang merasakan kembalinya semangat abang yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin sayang dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang sayang miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan sayang seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak abangng juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana sayang akan tetap menikmati apa yang telah sayang miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang sayang akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu sayang bercuti, abang selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang akan sayang lakukan. Pada waktu itu abang cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak sayang abang dahulukan dengan ribuan terima kasih. abang amat berharap pihak sayang dapat meluluskan permohonan abang ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. abang harap permohonan abang ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak abangng dan tandatangan sayang di atas kertas yang abang lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak sayang untuk melakukannya.

7. abang harap sayang sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh abang sepenuhnya.

8. Akhir kata, abang harap permohonan abang ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Kendi Meraban:~~ En. Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan “Nak suruh abang tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?”.

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah…. ahaks!