akta 15, perlu di ingatkan..

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial… Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…

Hamid : “Kita nak kemana nie?”
Rosni : “Tak kisah la.. mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..”
Rosni : “Saya ok aje..”

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual
didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-k­elamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas… Rosni masih tidak membantah… hin­ggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

“Abang Hamid… ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial”

Setelah mendengarkan t­eguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : “Maafkan saya”
Rosni : “Tak apa”

Lalu mereka pulang… Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

“Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja”

Kendi Meraban:~ Akan ku ingat akta 15 ini pada bila-bila masa shj. Tidak akan ku lupainya…